MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!


Holla guys...alhamdullilah habis dah daripada tekanan UPSR hahaha
seperti yg dijanjikan aku nak tunjukkan gambar kita orang pergi lawatan kat
CAMERON HIGHLAND,GUA TEMPURUNG & KUALA LUMPUR.
Before that, aku nak letak gambar aku & gang MENYAMBUT hari kemerdekaan
kami...

JOHOREAN taw
kau hado?


MERDEKA !!!

Hehe lama betul aku hilang... Ingat tak hari tu aku ade janji dengan korang yg aku nak upload kan gambar pergi lawatan... actually aku malas lah nak upload kan gambar banyak-2 tu kat blog :(
kalau korang nak tengok sangat kan pegi tengok kat fb je lah jawab nyer...

Aku rindu dia....
Eh lari daripada tajuk pulak.. hehe WHATEVER
Aku rindu sangat BFF aku nama dia Fisha & Fatin...
Fisha dah sombong kan sekarang ni.. Aku IM dia kat FB pon tak balas.
Tahu lah nak dapat bapak baru... Excited la tuh
Bosan weyh,,, aku nak jumpa korang  
Rindu korang
Sayang korang

:')

#tu je lah nanti aku tulis banyak-2 cakap aku ni over pulak

CALON UPSR 2013

~ASSALAMUALAIKUM~

Sebelum tu aku nak mintak maaf dengan korang kalau aku dah buat salah. Ye lah tahun ni kan aku ada UPSR... so nak mintak jasa baik korang la tolong doakan aku 5A UPSR.
Insyallah habes UPSR nanti balik je daripada lawatan aku upload kan gambar pergi lawatan.

DOA KAN SAYA 5A UPSR

~ THANKS ~

New BACKGROUND

ASSALAMUALAIKUM...

Ni akuu nak bagi korang TRIBAL background untuk korang...tapi sikit jelah yg laen cari l sendiri kat pakcik google...nih dia












tu jerk....bye

Hang Out with FRIENDS ^_^


Kenangan terindah =D with my buddies
HANG OUT kat mane? kat The Store aje...
jauh-2 tak sesuai untuk budak yg umor 13 above
so tengok la gambar ni 


cun tak?haha memang tak cun pon


amboi muka tak boleh blah


bajet jap


GWIYOMI no.3


amek gambar IC


menggelabah sebab kereta goyang


>_<


peace


ohh matamu menggodakan...cute kan ? this is my lovely friend


o_o mata dia bulat
mata aku tak nampak -_-


smile

~THE END~

^___^ (no title)


Wahai blogger-2 semua ni saje je tulis sebab mood sekarang ni 
MENYAMPAH + BAHAGIA = ???
takde la aku sebenarnya nak tunjuk ni



cantik kan header tu? ni blog BFF aku... dengan rela hati akubuat kan...
BYE...

Bile dah tak de kerja ^_^

ASSALAMUALAIKUM...

Memang aku tak de kerja pon sebab aku budak CALON UPSR ma...haha ade ke budak UPSR yg tak de kerja? :o huaaaa penat ok ... pergi sekolah pukul 6.35pagi balik pukul 2.30 petang...kalau rajin pukul 3.30 petang pergi sekolah agama balik pukul 6.30 petang...malam ade kelas malam pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam...U SEE U SEE tak macam penad dengan homework lagi arhh stress gitu... nah header baru untuk blogger tercinta =p


wa bagi lu gambar untuk header...pepandai la korang edit sendiri kat photoscape...

TAK SAH !

ASSALAMUALIKUM....TAK JAWAB DOSA

Hihihi first sekali korang tengok tajuk aku 'tak sah'...sebenarnya bukan nye tak sah ape tapi aku ni suke buat header...entah la sejak kakak aku ajar aku buat header,aku dah macam tak de keje asal bukak blog je mesti nak tukar header asal bukak blog je mesti nak tukar header.Rajin sangat...korang tak caye tengok header aku sekarang ni ade link blog aku,of course la aku yg buat =D.Nak promote jap kalau korang nak suruh aku wat kan header untuk korang boleh...inbox aku kat facebook ---> https://www.facebook.com/nurin.nabiha
ni salah satu header yg aku buat...

HEADER FOR MUSLIMAH


 cantik kan??? amek la kalau korang nak...pepandai korang sesuai kan saiz header ni :D

p/s : Jangan risau dengan frame header tu...sebab bile korang save header tu frame yg kat header tu tak de beri effect ape2 pon

~THANKS FOR READING~

KEM KAIZEN

ASSALAMUALAIKUM....

Ok tengok tajuk aku 'KEM KAIZEN'. OMG kem 3 hari 2 malam seperti 3 bulan 2 minggu. Terseksanya kat sana ayoyo. Ok2 meyh sini kite ikut cerita aku sepanjang 3 hari 2 malam kat sana.

1.3.2013 (JUMAAT)

2.30 petang: Pergi sekolah pastu daftar & tunnggu bas
3.00 petang: Bas datang...berebut-rebut nak duduk belakang tapi SIR FONG suruh budak perempuan duduk depan. Bertolak
4.30 petang: Sampai...sesi perkenalan dengan jurulatih (Abah,Abg Nas,Abg Hairul,Abg Khairul,Abg Hashim,Abg Hisham & ramai lagi). Ice breaking, solat Asar,Abg Nas tunjukkan dorm.
7.00 malam: Makan malam (tak mandi tau). Solat Maghrib & solat Isyak.
8.30 malam: Ceramah dengan Pak Hamid (boring)
9.45 malam: Minum malam & night walk (guna seutas tali)
12.30 malam: Tidur 

(malam tu dorm budak perempuan kumpulan A ada anak ular & dorm kumpulan aku ada kelawar)

2.3.2013 (SABTU)

5.00 pagi: Sirence bunyi. Bangun dari tidur macam orang ape masa tu tergesa-gesa. Cuci muka & gosok gigi kat luar dorm sebab tandas kotor tak selera nak gosok gigi. Ambil wuduk,kumpul kat DEWAN L. Solat Subuh & ceramah
8.00 pagi: Senamrobik bersama abg Zack. Sarapan
10.00 pagi: Sungai Asid...pengalaman paling tak dilupakan berjemur bawah matahari sampai pukul 12.30 tengah hari,hilang duet kita org
1.00 petang: Makan tengah hari (3 gelas air aku minum)
2.00 petang: Solat Zohor. Spider wap
3.30 petang: Minum petang, solat Asar & jungle tracking (best)
6.30 petang: Sampai garisan penamat (hujan). Mandi
7.00 petang: Makan malam,solat Maghrib & solat Isyak
10.00 malam: Blind Fold
11.30 malam: Tidur

(badan belakang aku sakit sebab tidur atas batu tak letak tilam sebelum tidur)

3.3.2013 (AHAD)

5.00 pagi: Sirence berbunyi bangun dengan senang hati sebab last day :) (macam semalam)
8.00 pagi: Sarapan & rempuh halangan (last kena golek2 kat pasir macam sotong celup tepung pastu terjun kolam...best giler)
12.00 tengah hari: Makan tengah hari & prepare barang nak balik
1.00 petang: Balik dengan riang hati (bebas)

SETIA HUJUNG NYAWA


Jeng...Jeng...Jeng
Kenal tak?Kalau tak kenal memang korang ketinggalan zaman...kesian
Anyway...
ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni 7/2/2013 maka berakhirlah cerita yang berepisode ini iaitu
SETIA HUJUNG NYAWA.
Nak aku cerita kan tak sinopsis cerita ni... oke2

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Sinopsis dari novel: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
...........
dah habis tu je story aku bye....

~~~~~~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~~~~~~